KPM teliti silibus sekolah terlalu ‘berat’

0
48
Kandungan silibus beberapa mata pelajar di negara ini tidak dinafikan kerap menjadi keresahan ibu bapa.

CYBERJAYA – Dakwaan isu standard silibus pendidikan yang terlalu membebankan pelajar dan guru akan diteliti oleh pihak Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Seri Dr. Radzi Jidin berkata, penelitian itu bertujuan untuk memastikan sama ada benar atau tidak kandungan silibus sekolah pada ketika ini begitu kompleks seperti didakwa.

“Atau mungkin apa yang diperkenalkan ketika ini adalah sesuatu pendekatan yang sedikit berbeza yang kita masih tidak biasa, yang kita rasa lebih sukar.

“Itu perkara kita lihat kerana apabila saya meneliti buku teks ini ada perkara yang baharu diperkenalkan (tetapi) dulunya kita pernah belajar,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan penerima Anugerah Sastera Negara ke-15 di kementeriannya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keluhan aktivis guru Mohd Fadli Salleh yang mendakwa wujud segelintir pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah yang cuba menyorok isu berkenaan daripada dibawa ke peringkat atasan.

Menurut Fadli, walaupun ramai guru yang telah membincang dan membuat aduan mengenai perkara itu, tiada tindakan diambil di peringkat PPD.

Beliau yang kerap memperjuangkan isu pendidikan di sosial media berkata, kandungan silibus pendidikan di peringkat sekolah rendah di negara ini terlalu tinggi sehingga memberi kesan jangka panjang kepada perkembangan pelajar.

Pandangan Fadli itu mendapat sokongan ramai guru dan ibu bapa yang beranggapan standard pembelajaran di sekolah rendah terlalu jauh ke ‘depan’ dan terlalu ‘berat’ untuk kanak-kanak pada usia terlalu muda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here