Krisis UMNO diselesaikan secara kekeluargaan – Mahdzir 

0
18
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan
isu dalaman UMNO akan diselesaikan secara dalaman dan kekeluargaan seperti yang diamalkan sebelum ini oleh parti itu.

Beliau berkata, segala krisis berhubung dakwaan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan diselesaikan secara damai.

“Atas semangat kekeluargaan, setiap isu dan permasalahan akan diselesaikan sebagai sebuah keluarga.

“UMNO ini adalah sebuah keluarga, setiap masalah kita akan selesaikan atas semangat kekeluargaan,” katanya selepas Majlis Ulang Tahun ke-55 Pelaburan Mara Berhad di sini, hari ini.

Dalam pada itu, diminta mengulas lanjut mengenai dakwaan Ahli Parlimen Pasir Salak itu, Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar menolak untuk memberikan sebarang komen lanjut.

Semalam, Tajuddin, meminta supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

Selain itu beliau turut mendakwa wujudnya akuan bersumpah oleh Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here