Lelaki cedera dipukul akibat berebut parkir 

0
47
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hanya disebabkan sebuah lot parkir, dua lelaki cedera diserang diserang dua lelaki dan seorang wanita tempatan di hadapan sebuah premis di Jalan 21/1A, Damansara Utama, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari, lelaki berusia 26 tahun yang juga pemilik premis berkenaan bersama rakannya cedera ringan di tangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, siasatan mendapati punca
kejadian adalah disebabkan perebutan lot parkir kenderaan.

“Kejadian berlaku apabila pengadu meletakkan kereta Toyota Vios di lot parkir hadapan kedainya dan tiba-tiba seorang lelaki menjerit memanggilnya serta turun dari kedai lalu berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

“Isteri lelaki itu kemudian memarahi dan membaling telur ke arah mangsa serta rakannya.

“Selepas itu, datang pula anak lelaki pasangan terbabit memarahi manga dan rakannya sambil memegang tukul besi serta mengugut untuk merosakkan kereta mangsa.

“Berlaku pergelutan antara kelima-lima individu menyebabkan manga dan rakan mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, ketika pergelutan berlaku, anak pasangan terbabit yang berusia 31 tahun turut memegang pisau pemotong daging dan alat pemadam api

“Polis menahan lelaki itu pada jam 4.30 petang dan dia bakal ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan,” ujarnya lagi.

Turut dirampas, tukul besi, pisau dan alat pemadam api yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here