LHDN sampai bantuan Kasih Prihatin kepada SK Mabul

0
67
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi kepada wakil SK Mabul dalam program Hasil Kasih Prihatin 2022.

SEMPORNA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyampaikan bantuan menerusi program Hasil Kasih Prihatin 2022 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Mabul di sini hari ini.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, sumbangan itu berupa dua unit komputer riba, seunit mesin cetak, seunit projektor, seunit papan tanda baharu nama sekolah, dua unit kipas industri dan 10 kotak kertas A4.

“Turut disumbangkan ialah 250 unit beg sekolah baharu dan 300 pek makanan untuk dimanfaatkan oleh semua murid dan guru di sekolah tersebut,” katanya.

Sumbangan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi kepada murid SK Mabul dalam program Hasil Kasih Prihatin 2022.

Sementara itu, Mohd Nizom, dalam ucapan perasmiannya berkata, program tanggungjawab sosial (CSR) pada kali ini menumpukan kepada tiga aktiviti utama.

“CSR Marin yang memberi fokus kepada kelestarian hidupan laut; CSR Komuniti yang menyasarkan kesejahteraan komuniti setempat; dan CSR SK Mabul yang berorientasikan pembangunan pembelajaran murid.

“Program ini juga membuktikan bahawa peranan dan tanggungjawab Keluarga LHDN tidak hanya terhad kepada mentadbir cukai langsung semata-mata, sebaliknya LHDN turut berperanan membantu masyarakat menerusi program kesedaran dan pendidikan sekali gus mampu memberi kesan kepada peningkatan pematuhan cukai secara sukarela di negara ini,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here