Lima terbunuh dalam serangan di Oklahoma

0
10
Gambar hiasan.

WASHINGTON – Lima termasuk maut dalam kejadian tembakan di sebuah kampus hospital tempatan di bandar barat tengah Tulsa, Oklahoma.

Jurucakap pihak berkuasa negeri, Captain Richard Meulenberg berkata, kejadian di Kampus Hospital St Francis itu berakhir
dengan tindakan penyerang yang menembak dirinya sendiri.

Polis berkata, pihaknya menerima satu panggilan mengenai insiden tembakan di Bangunan Natalie di kampus Hospital St Francis pada 4.52 petang waktu tempatan (2152 GMT), dan pegawai tiba di lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian.

“Kejadian berlaku di tingkat dua bangunan dan suspek yang maut dalam kejadian itu ditemui dengan selaras rifel dan pistol,” katanya.

Polis berkata, identiti suspek belum dapat disahkan namun siasatan awal mendapati penembak seorang lelaki kulit hitam berumur antara 35 hingga 40 tahun.

Kejadian itu merupakan kes tembakan di khalayak awam ke 233 di Amerika Syarikat tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here