Lokasi perlawanan akhir Harimau Malaya mungkin ditukar? 

0
38
Keadaan padang SNBJ yang berlopak ekoran hujan sebelum perlawanan Malaysia menentang Bahrain baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Khabar angin perlawanan terakhir membabitkan skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh akan berpindah ke lokasi lain semakin hangat diperkatakan susulun keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang rosak teruk baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul  perkara itu boleh berlaku jika SNBJ tidak lagi bersesuaian untuk digunakan pada perlawanan terakhir Selasa ini.

“Berkaitan tukar lokasi lain, perkara itu boleh berlaku jika SNBJ tidak lagi sesuai untuk digunakan kita sudah tengok keadaan padang selepas Malaysia lawan Bahrain.

“Perkara yang membimbangkan adalah padang tidak sempat diperbaiki untuk perlawanan Selasa ini.

“Ketika ini pegawai AFC termasuk membabitkan komisioner perlawanan akan mengadakan perbincangan sama ada mahu meneruskan perlawanan di SNBJ atau sebaliknya.

“Perbincangan terbabit penting bagi memastikan baki dua perlawanan yang akan berlangsung kelak tidak menghadapi sebarang masalah hingga mengganggu pasukan untuk beraksi,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Terdahulu, dalam perlawanan Malaysia menentang Turkmenistan baru-baru ini petugas perlawanan terpaksa menggunakan penyodok sampah dan kertas putih keras untuk membuang air yang bertakung di atas permukaan padang di SNBJ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here