Mahkamah bebaskan Samirah daripada pertuduhan bunuh CEO Cradle Fund

0
35
Samirah berjalan keluar dari mahkamah dengan diiringi pasukan peguamnya.

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawqi Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, empat tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Ab Karim Ab Rahman selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah, 47, yang juga adalah balu Nazrin.

Pasukan pendakwaan dianggotai Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail dan Nur Sabrina Abu Bakar manakala pasukan pembelaan terdiri daripada peguam Muhammad Shafee Abdullah dan Rahmat Hazlan.

Samirah dan dua remaja lelaki masing-masing berusia 19 dan 16 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 47, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam, 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Mereka kemudian mengaku tidak bersalah pada 12 Mac 2019 atas pertuduhan membunuh Nazrin yang merupakan CEO Cradle Fund ketika kejadian.

Mereka bertiga didakwa melakukan kesalahan tersebut dekat sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya antara 13 Jun 2018 pukul 11.30 malam hingga 4 pagi keesokannya.

Ketiga-tiga mereka dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Turut berhadapan tuduhan sama ialah Eka Wahyu Lestari yang dipercayai bersubahat dengan jenayah tersebut dan sepatutnya dituduh bersama, namun masih lagi bebas.

Namun, dua remaja yang disabitkan dalam kes tersebut dibebaskan pada 27 Mac dengan jaminan sebanyak RM50,000 bersama dua penjamin berbeza bagi setiap tertuduh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here