Malakat Eco terima Quantum Metal sebagai ‘matawang’ di semua outlet

0
69
Mohd Fadzil Hashim (dua dari kanan) diiringi Pengarah Eksekutif Malakat Eco Group, Adzhar Mohd Noor (tiga dari kanan) menandatangani perjanjian persefahaman dengan Pengarah Eksekutif Quantum Metal, Datuk Lim Khong Soon (dua dari kiri) di ibu pejabat syarikat pelaburan emas itu di Pulau Pinang, baru-baru ini.

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco akan menerima pakai kaedah pembayaran menggunakan nilai emas Quantum Metal di semua outlet perniagaan milik syarikat itu bermula Sabtu ini.

Presidennya, Mohd Fadzil Hashim berkata, kaedah pembayaran itu ditawarkan sebagai satu bentuk kemudahan dan juga kelebihan kepada semua pemilik akaun Quantum Metal.

“Kaedah pembayaran menggunakan nilai emas ini membolehkan pemegang-pemegang aset Quantum Metal berbelanja secara cash-less.

“Pembayaran boleh dilakukan melalui aplikasi dan juga laman web Quantum Metal,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, usaha terbaharu itu dicapai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) pihaknya dengan syarikat pelaburan emas popular itu di Pulau Pinang, pada Ahad lalu.

Mohd Fadzil Hashim

Beliau berkata, pada pertemuan dengan Pengerusi Eksekutif Quantum Metal, Datuk Lim Khong Soon itu, pihaknya menandatangani MoU bersama tiga entiti perniagaannya iaitu Malakat Eco, BrainyBunch dan NORIBA Berhad.

Katanya, melalui MoU dengan BrainyBunch, pihaknya akan memperkenalkan kaedah pembayaran menggunakan nilai emas Quantum Metal bagi urusan pembayaran yuran persekolahan dan lain-lain.

“Kaedah ini juga diharap dapat menggalakkan ibu bapa pelajar menyertai pelaburan emas yang menguntungkan ini,” katanya.

Yang terakhir katanya adalah MoU NORIBA Berhad dengan Quantum Metal yang akan menyediakan solusi korporat khususnya dalam menstruktur semula pengurusan aliran tunai syarikat, koperasi atau apa sahaja pertubuhan berdaftar.

Sementara itu, Mohd. Fadzil turut mengumumkan pemasangan lebih banyak mesin ATM emas pertama di dunia oleh Quantum Metal di seluruh negara termasuk di Jakarta, Indonesia.

Katanya, mesin ATM untuk tujuan pengeluaran emas fizikal itu berupaya menyediakan pengeluaran sehingga 30 kilogram emas pada satu-satu masa.

“Di Pulau Pinang kami berkesempatan melihat ATM emas yang akan dipasang di negeri itu, Sarawak, Johor, dan satu yang sudah beroperasi di Petaling Jaya.

“Usaha ini pasti menambah keyakinan orang ramai terhadap program Quantum Metal yang sehingga kini mempunyai kira-kira 200,000 ahli berdaftar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here