Malakat Grocer tawar promosi ayam segar RM8.90 sekilogram

0
6
Ayam segar yang dijual pada harga RM8.90 sekilogram di Malakat Grocer, Malakat Mall di sini

CYBERJAYA – Semua cawangan Malakat Grocer hari ini mengadakan jualan istimewa dengan menawarkan promosi ayam segar pada harga RM8.90 sekilogram.

Menurutnya dalam satu kenyataan, tawaran itu hanya dibuat hari ini sebagai tanda terima kasih terhadap pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasar raya itu.

“Ramai mengeluh sebab tak puas hati dengan harga ayam yang akan naik kepada RM9.40 sekilogram pada 1 Julai ini.

“Tapi untuk hari ni sahaja, semua cawangan Malakat Grocer termasuk di Cyberjaya tawarkan harga ayam hanya pada RM8.90 sekilogram tanpa dipotong.

“Harga ayam serendah ini hanya sah untuk hari ini sahaja tau. Jadi jangan lepaskan peluang singgah Malakat Grocer hari ini juga,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here