Malakat Mall tawar diskaun 50 peratus untuk minyak masak 

0
29
Minyak masak botol (lima kg) jenama Dian boleh dibeli di Malakat Grocer dengan diskaun sebanyak 50 peratus.

CYBERJAYA – Baru-baru ini rakyat Malaysia dikhabarkan dengan berita tiada lagi subsidi bakal diberikan oleh kerajaan untuk minyak masak botol satu hingga lima kilogram (kg).

Prihatin dengan keadaan ini, Malakat Grocer telah menawarkan minyak masak terpilih dengan potongan harga 50 peratus bermula hari ini.

Malakat Mall dalam satu kenyataan di Facebook hari ini berkata, harga minyak masak jenama Dian (lima kg) telah dikurangkan daripada RM29.70 kepada RM14.85 ringgit sahaja.

“Pelanggan boleh mendapatkan minyak masak ini secara walk in di Malakat Grocer bermula hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai juga boleh memeriahkahkan Program Riuh & Rancak (R&R) yang diadakan di Malakat Square di sini pada pukul 4 petang sehingga 12 malam.

R&R Cyberjaya bakal menghimpunkan pelbagai jenis barang termasuk makanan, minuman, pakaian, aksesori, kraftangan, permainan dan lain-lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here