Malaysia kutuk kenyataan hina Nabi pemimpin parti India

0
115

Nupur Sharma, pemimpin parti BJP di India yang tampil memohon maaf atas kenyataan menghina Nabi Muhammad.

KUALA LUMPUR – Malaysia tampil mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan menghina Nabi Muhammad oleh pemimpin parti Bharatiya Janata (BJP) di India.

Selain Malaysia, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Oman, UAE, Afghanistan, Pakistan dan Iran turut mendesak permohonan maaf dari kerajaan India yang disifatkan sebagai tindakan Islamopobia.

Bantahan dari negara lain termasuk Indonesia, Jordan, Iraq, Maldives, Bahrain dan Turki.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sudah memanggil Pesuruhjaya Tinggi India di negara ini untuk menyampaikan penyangkalan terhadap kenyataan itu.

“Malaysia mengalu-alukan keputusan parti pemerintah India untuk menggantung ahli parti terbabit berikutan kenyataan provokasi mereka yang telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam,” menurut kenyataan itu.

Malaysia turut menyeru India menamatkan Islamofobia dan menghentikan sebarang tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan sejagat.

Provokasi yang mencetuskan rusuhan di beberapa kawasan di India itu turut menyaksikan produk-produk dari negara itu dipunggah keluar dari pasar raya dan rak jualan di Kuwait.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here