Maxis alami gangguan teknikal, ratusan ribu pengguna terjejas

0
39
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Syarikat telco terbesar di Malaysia, Maxis sedang mengalami isu teknikal yang menjejaskan penggunanya hari ini.

Menurut syarikat telco itu dalam satu kenyataan, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu tersebut dengan segera.

“Kami kini sedang berusaha untuk mengenal pasti dan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Terima kasih kepada pelanggan kami kerana sabar dan memahami dan kami memohon maaf atas segala kesulitan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, ribuan pengguna syarikat telekomunikasi itu berang apabila sejak pagi tadi rangkaian Maxis mengalami masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here