Mayat dipercayai wanita ditemui dibakar di tepi Sungai Kuala Kangsr

0
24
mayat jenazah mati body dead
Gambar hiasan.

KUALA KANGSAR – Mayat seorang wanita dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, Kampung Talang Hulu, di sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, penemuan mayat yang belum dikenalpasti itu dilaporkan orang awam pada pukul 3.05 petang.

“Pihak polis daerah Kuala Kangsar telah hadir ke lokasi kejadian dan mengesahkan penemuan tersebut.

“Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak turut tiba di lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal pada keadaan fizikal  mempercayai mangsa telah mati dibunuh di tempat yang sama.

Bagaimanapun, Mior Faridalathrash berkata, identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti dan mayat itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat bagi mencari punca kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sesiapa yang mempunyai maklumat kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat ASP Mohd Subkey Alias menerusi talian 013-9285436,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here