Menteri Republik Dominika maut ditembak di pejabat

0
6
GBAR HIASAN

SANTO DOMINGO- Menteri Alam Sekitar Republik Dominika, Orlando Jorge Mera, maut akibat ditembak dalam satu insiden di pejabatnya di sini semalam.

Laporan agensi Xinhua yang memetik kenyataan pejabat presiden menyebut, insiden tersebut dilakukan oleh ‘rakan baik’ Mera sendiri.

Suspek itu, Miguel Cruz, kini berada dalam tahanan pihak berkuasa.

Siasatan terhadap insiden sudah dilaksanakan, dan hasil siasatan akan didedahkan kepada umum pada waktu yang sesuai, kata kenyataan itu lagi.

Semwntara itu, sumber Kementerian Alam Sekitar dipetik akhbar tempatan ‘Acento’ memberitahu, penyerang bertindak memasuki pejabat Mera seorang diri, lalu kedengaran enam hingga tujuh das tembakan dilepaskan.

Bangunan kementerian dikosongkan susulan insiden itu.

Mera, 55, merupakan anak kepada bekas Presiden Dominika Salvador Jorge Blanco, yang memerintah negara Caribbean itu pada 1982 dan 1986.

Mendiang dilantik menjadi menteri di bawah pemerintahan Presiden Luis Abinader pada Ogos 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here