MOF pelawa orang ramai kongsi input Bajet 2023

0
14
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) akan memulakan sesi libat urus dan rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan di bawah Kenyataan Pra-Belanjawan (PBS) bagi memastikan belanjawan yang menyeluruh serta holistik.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sekurang-kurangnya 400 agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat awam akan dipelawa untuk mengemukakan input serta memorandum mengenai Bajet 2023.

Sesi libat urus itu boleh dilakukan menerusi portal rasmi https://budgetmemorandum.treasury.gov.my, yang dibuka bagi serahan secara dalam talian mulai 5 petang semalam hingga 5 petang, 24 Jun, 2022.

Dalam satu kenyataan, Tengku Zafrul berkavga aspek utama berkaitan pemulihan dan ketahanan ekonomi negara, termasuk momentum pemulihan yang kukuh dilihat pada awal 2022.


Ia juga mengetengahkan kaedah
terbaik dalam menyediakan Bajet 2023 yang dapat memperkukuh pemulihan Malaysia pasca-Covid-19 dengan memanfaatkan pertumbuhan serta peluang global.

PBS itu akan turut membangkitkan keperluan memperkukuh daya tahan ekonomi dan fiskal Malaysia pada 2023 dan tempoh berikutnya selain menguruskan risiko penurunan akibat ketegangan geopolitik dan rantaian bekalan yang boleh melonjakkan harga komoditi serta makanan secara ketara.

Jelas Tengku Zafrul, PBS akan turut menekankan peralihan strategik daripada fasa pemulihan pada masa ini ke arah pembaharuan jangka panjang bagi memberi mempermudah peluang pendapatan, menambahbaik kesejahteraan secara holistik serta kemajuan sosioekonomi yang mampam dan inklusif bagi Keluarga Malaysia.

“PBS ini adalah yang kedua dalam sejarah MOF dan seiring dengan amalan terbaik global dari segi mengalakkan wacana awam mengenai bajet negara selain meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam proses merangkanya,” kata beliau.

Tengku Zafrul berkata PBS juga mengetengahkan tiga bidang khusus yang menjadi tumpuan dalam Bajet 2023 iaitu merangka inisiatif berteraskan rakyat, terutama yang menyentuh penjanaan peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan, memperkukuh perlindungan sosial dan meningkatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here