Mohammadin Ketapi umum keluar Bersatu

0
22

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammadin Ketapi mengumumkan keluar dari Parti Bersatu, hari ini.

Mohammadin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama berkata, beliau berbuat demikian kerana pihak parti didakwa tidak membantu beliau dalam memajukan kawasan yang beliau wakili.

Bekas menteri pelancongan dan kebudayaan itu sebelum ini meninggalkan Parti Warisan dan berdiri sebagai calon Bebas yang menyokong Parti Rakyat Sabah (GRS).

Beliau kemudiannya menyertai Bersatu secara rasmi pada November tahun lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here