Orang ramai mula berbelanja di Malakat Mall dengan emas QM

0
75
Salah seorang pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan emas QM di Malakat Mall

CYBERJAYA – Orang ramai kini sudah boleh membeli barang dengan menggunakan emas Quantum Metal (QM) sebagai medium mata wang di Malakat Mall mulai hari ini.

Berdasarkan tinjauan Malakat Tribune hari ini, orang ramai boleh melakukan transaksi selepas membeli barang dengan menggunakan nombor rujukan yang disediakan di kaunter pembayaran.

Menurut Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim, semua ahli QM boleh beli barang di Malakat Mall dengan menggunakan Gold Storage Account (GSA) melalui transaksi mengikut harga emas terkini.

“Nilai emas juga lebih bernilai berbanding wang kertas yang mana nilainya saban hari semakin jatuh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil juga berkata, sistem ini bakal memberikan banyak kelebihan kepada pelanggan yang tidak perlu berusah-payah untuk memajak emas bagi mendapatkan duit tunai.

“Sebelum ini emas hanya boleh disimpan tetapi tidak boleh digunakan, dan kalau nak guna cash kena pergi pajak itupun tidak akan dapat 100 peratus.

“Dengan adanya sistem ini emas yang ada boleh digunakan dan ada pelanggan yang saya jumpa simpan emas satu kilogram tapi tidak boleh beli manfaat kepada dia kecuali kalau dijual emas itu, kalau nak jual pula bukan semua emas yang dijual.

“Di QM emas itu dalam bentuk digital jadi senang untuk sesiapa saya melakukan transaksi dan sebagai contoh boleh lakukan transaksi serendah RM1 dengan menggunakan sistem ini,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here