Pandelela raih gangsa kejohanan dunia di Budapest

0
5
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong meraih gangsa acara 10m platform wanita di Kejohanan Dunia FINA di Budapest, Hungary, pada 27 Jun 2022. Foto Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia

CYBERJAYA – Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg sekali lagi mengharumkan nama negara apabila meraih pingat gangsa acara 10 meter platform wanita di Kejohanan Dunia FINA di Budapest, Hungary.

Pandelela yang merupakan penerjun paling muda mengutip 338.85 mata keseluruhan, ketinggalan 78.4 di belakang Chen Yuxi dari China yang memenangi emas, lapor portal Berita Harian.

Seorang lagi peserta China, Quan Hongchan, 15, yang mengatasi Yuxi untuk emas Olimpik Tokyo, di tempat kedua dengan 416.95 mata, hanya 0.4 di belakang rakan senegaranya itu.

Selepas ini Pandelela akan bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama wanita.

Pada edisi 2019, Pandelela menduduki tempat kelima dalam acara 10m platform, namun membawa pulang perak dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Datuk Leong Mun Yee.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here