
KUALA LUMPUR: Pasar Keramat di Kampung Dato Keramat terbakar sekali lagi awal pagi tadi selepas insiden sama berlaku pada Mac tahun lepas.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.30 pagi tadi.
“Setibanya kami di lokasi kejadian pada jam 1.40 pagi, keadaan api sudah sangat marak.
“Seramai 47 anggota bersama 14 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya.
Api berjaya dikawal kira-kira jam 2.11 pagi dan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu manakala punca kebakaran masih disiasat
Lot gerai dengan anggaran kemusnahan 50 peratus makanla10 peratus rumah berhampiran turut musnah.