Peguam berbalah dengan petugas media, perkarangan Mahkamah Shah Alam bertukar kecoh 

0
47
Perbalahan antara pasukan peguam yang mewakili Samirah Muzaffar dan petugas media di Mahkamah Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM –  Perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini bertukar kecoh selepas berlaku perbalahan antara pasukan peguam yang mewakili Samirah Muzaffar dan petugas media yang hadir untuk membuat liputan kes berkenaan hari ini.

Difahamkan, salah seorang peguam itu menjerit dan meminta supaya diberi laluan selain cuba menolak jurugambar yang melakukan tugasan di lokasi.

Berang dengan tindakan peguam itu, seorang jurugambar bertindak membalas tindakan tersebut.

Kejadian itu berlaku ketika Samirah bersama beberapa peguam lain tiba untuk menaiki lif ke mahkamah pagi ini.

Terdahulu, Samirah dan dua remaja lelaki tiba di Mahkamah Tinggi telah dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, empat tahun lalu.

Samirah, 45, yang juga balu Nazrin dan remaja berusia 16 serta 19 tahun tiba pada jam 9.10 pagi diiring peguam dan ahli keluarga.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman telah membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada pagi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here