Pejabat Pengarah Putrajaya LHDN pindah ke lokasi baharu

0
94
LHDN

CYBERJAYA – Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPNWPP) yang kini beroperasi di Menara TM, Jalan Semarak Kuala Lumpur akan beroperasi di pejabat baharu mulai 1 Julai ini.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan, urusan perpindahan pejabat lama ke pejabat baharu akan bermula hari ini sehingga 30 Jun ini

“Maklumat berkaitan pejabat baharu PPNWPP adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Pejabat Pengarah Negeri Putrajaya Menara Hasil Bangi Aras 2 Kanan, Menara 2, No. 3, Jalan 9/10 Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

“Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dikemukakan kepada HASiL melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here