Pelawak legenda Hamid Gurkha meninggal dunia

0
122

CYBERJAYA – Pelawak legenda, Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, pada pukul 2.19 petang tadi.

Berita pemergian Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman disahkan anak bongsunya, Nor Ashita Hamid.

Kata Nor, doktor mengesahkan allahyarham bapanya mempunyai penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

“Kami reda atas pemergian arwah. Allah lebih menyayangi arwah selepas enam hari dimasukkan ke hospital,” katanya.

Buat masa ini, jenazah allahyarham masih berada di hospital untuk melalui beberapa prosedur.

“Saya dan adik-beradik tak dapat menjangkakan bila pengebumian akan dilaksanakan.

“Mungkin hari ini atau esok, tetapi kami berharap urusan pengebumian dapat dipercepatkan,” katanya.

Khamis lalu, Nor menafikan allahyarham bapanya dalam keadaan tenat hingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun, Nor memaklumkan, allahyarham bapanya dalam keadaan stabil dan terkawal selepas dirawat di hospital akibat selepas mengalami batuk teruk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here