Pembinaan kawasan kerajaan pusat baharu Indonesia bermula Ogos

0
18
Presiden Jokowi diberi taklimat mengenai pembangunan kawasan Nusantara, hari ini.

JAKARTA – Kerja-kerja pembinaan kawasan kerajaan pusat Indonesia di Nusantara, Borneo akan dimulakan pada Ogos.

Menteri Kerja Raya dan Perumahan Indonesia, Basuki Hadimuljono berkata dalam satu kenyataan hari ini, fasa awal pembinaan akan ditumpukan kepada Istana Negara dan infrastruktur termasuk bekalan air bersih, saliran, sanitasi dan jalan bertol.

Basuki pada Rabu bersama Presiden Joko Widodo melawat tapak cadangan ibu kota baharu yang bernilai USD34 bilion (RM149.60 bilion) itu.

Kawasan kerajaan pusat itu juga merangkumi pejabat naib presiden, bangunan perundangan dan kehakiman serta pejabat-pejabat kementerian.

Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati pada April lalu mengumumkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sehingga 30 trilion rupiah (US$2.1 bilion) untuk perbelanjaan pembangunan Nusantara pada tahun depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here