Penarik kereta maut ditetak sekumpulan penyerang

0
65

KLANG – Seorang penarik kereta berusia 47 tahun ditemukan maut dengan kesan tetakan pada hampir keseluruhan badan di Jalan Serindit 9, Taman Eng Ann di sini, pagi ini.

Mayat mangsa yang ditemui terbaring di tengah jalan di kawasan taman perumahan itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai satu pergaduhan pada pukul 9.45 pagi.

“Siasatan mendapati mangsa dipercayai telah diserang dan ditetak dengan parang oleh beberapa lelaki.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat luka kecederaan di
bahagian badan, tangan kanan, tangan kiri dan kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rao berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk berhubung motif kejadian.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil di menyalurkannya ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here