Penduduk jumpa peluru dan bom lama tertanam di belakang rumah

0
19
Zulkepli Ibrahim

PENGKALAN HULU – Seorang penternak di Kampung Selarong di sini dikejutkan dengan penemuan sebutir bom tangan dan 95 butir peluru ketika sedang melakukan kerja-kerja pembesaran kandang lembunya.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, bahan letupan yang dikenal pasti dalam penemuan pada pukul 4.15 petang semalam itu adalah bom lama jenis handgranade.

Manakala peluru pula adalah dari jenis 7.62mm kegunaan mesingan pelbagai kegunaan (GPMP).

“Kerja-kerja memusnahkan bom berkenaan dilakukan oleh Sub Unit Pemusnah Bom (UPB) Taiping pada pukul 10.20 pagi.

“Bom tangan itu berjaya dimusnahkan tanpa sebarang insiden berlaku sama ada melibatkan kehilangan nyawa ataupun kerosakan harta benda,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkepli berkata, peluru berkenaan akan dilupuskan oleh Unit Persenjataan (AMRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

“Orang ramai diingatkan agar melaporkan segera kepada pihak polis sekiranya menjumpai sebarang objek mencurigakan atau dipercayai bom,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here