Pengasas kosmetik Cik Nom meninggal dunia

0
3435
Allahyarham Cik Nom bersama suaminya

CYBERJAYA – Pengasas produk kecantikan Nor Shahada Aisyah atau atau lebih dikenali dengan Cik Non menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Berita sedih itu disampaikan sendiri oleh suami arwah menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @sabarituindahtau24434 pagi tadi.

Menurut suami arwah, dia memohon maaf bagi pihak isterinya sekiranya arwah ada melakukan sebarang kesilapan sepanjang hayatnya.

“Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya dan isteri saya Nor Shahada Aisyah yang selalu menjadi watak Cik Non telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3:45 pagi tadi.

“Saya dari pihak dia ingin memohon maaf jika dia ada terkasar bahasa kepada you all dan jika ada apa-apa yang Cik Non dengan you all, maafkanlah ya. Mungkin saya tak akan buat live kebumi dia, mungkin saya tak tunjuk jenazah dia,” katanya.

Sementara itu, di beberapa hantaran berasingan terdapat netizen yang mendakwa kematian arwah berpunca daripada jangkitan kuman yang sudah sampai ke otak hingga menyebabkan arwah kemudian ditidurkan di Hospital Kajang.

Bagaimanapun maklumat itu tidak dapat dipastikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here