Perdana Menteri terima kunjungan Huazong

0
16
Perdana Menteri pada sesi bertukar pandangan bersama pimpinan Huazong di Perdana Putra, hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini menerima kunjungan hormat daripada pemimpin utama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong).

Pertemuan selama hampir satu jam itu berlangsung di Perdana Putra, dan antara perkara yang dibincangkan termasuk hal-hal berkaitan ekonomi dan isu-isu semasa.

Antara pemimpin Huazong yang hadir ialah Presiden, Tan Sri Goh Tian Chuan; Timbalan Presiden, Datuk Ong Seng Khek; Naib Presiden, Datuk Lam Kuang Yau; Setiausaha Agung, Datuk Dr Wong Aik Loung; dan Bendahari, Tan Sri Tan Kean Soon.

Huazong yang ditubuhkan pada 1991 merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggabungkan 13 gabungan persatuan dan pertubuhan Cina di setiap negeri dan wilayah di Malaysia.

Peertubuhan tersebut memainkan peranan untuk memelihara kepentingan komuniti Cina dalam isu berkaitan ekonomi, kebudayaan, pendidikan serta pembangunan sosial.

Huazong menjadi pengantara komunikasi antara komuniti Cina di Malaysia dengan kerajaan Malaysia dan memupuk semangat perpaduan masyarakat Cina melalui penganjuran aktiviti bersifat kebudayaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here