Piala Asia: PM mahu Speedy Tigers tamatkan penantian 40 tahun negara

0
20
Skuad negara berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir menentang Korea Selatan malam ini.

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melaungkan cabaran kepada skuad hoki negara untuk memberikan persembahan terbaik dan penuh bersemangat sekali gus menang dalam perlawanan akhir Piala Asia 2022 bertemu Korea Selatan, petang ini.

Beliau berkata, dengan kemenangan itu dapat menamatkan kemarau kejuaraan selama 40 tahun yang dinantikan selama ini.

“Malam ini kita bertemu Korea Selatan, pastinya pasukan kita mampu menunjukkan semangat jitu berdepan pencabar kita.

“Ayuh Keluarga Malaysia, sama-sama kita doakan kejayaan skuad hoki kebangsaan kita untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 40 tahun yang kita nantikan selama ini.

“Buat Skuad Speedy Tigers, buktikan Malaysia mampu menggegar Asia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Malaysia berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menang ke atas Jepun dengan keputusan 5-0.

Korea Selatan yang turun bertemu India pula seri 4-4 sekali gus berjaya menempatkan diri di tempat kedua di belakang Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here