PM beri jaminan kebebasan legislatif, kehakiman terus terpelihara

0
19
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima cenderamata berbentuk lukisan ketika menghadiri Majlis Perasmian Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kebebasan badan kehakiman dan legaslatif di Malaysia akan terus terpelihara.

Perdana Menteri berkata, sebagai seorang yang berlatar belakangkan undang-undang beliau menghormati doktrin pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif, dan kehakiman.

“Justeru, saya tidak mahu berlaku konflik di antara badan eksekutif dan kehakiman yang pernah terjadi seperti suatu ketika dahulu berulang semula.

“Dalam hal ini, kerajaan memberi jaminan bahawa kebebasan badan kehakiman dan legaslatif akan terus terpelihara,” katanya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disambut meriah ketika hadir ke Majlis Perasmian Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Perasmian Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, penyediaan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti oleh Jawatankuasa Pilihan Khas telah berada di peringkat akhir dan bakal dibentangkan di Parlimen pada bulan Julai nanti.

Pelajar-pelajar jurusan undang-undang UM tidak melepaskan peluang bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Majlis Perasmian Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, beliau juga telah mengarahkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji dan meneliti undang-undang sedia ada, termasuk 147 undang-undang yang telah lapuk.

Katanya, transformasi undang-undang itu perlu dilakukan segera kerana keadaan telah berubah dan undang-undang juga perlu bergerak dan berubah mengikut keadaan semasa.

“Sebagai contoh, teknologi digital hari ini semakin pesat membangun. Dalam konteks ini, undang-undang yang sedia ada tidak relevan dengan ledakan teknologi digital, bahkan agak terkebelakang dengan perubahan semasa.

“Akta sedia ada iaitu Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 misalnya, hanya melibatkan penguatkuasaan terhadap kegiatan judi di premis dan bukannya secara dalam talian,” katanya.

Sementara itu Perdana Menteri turut menjelaskan mengenai pemansuhan hukuman mati mandatori yang diumumkan baru-baru ini, seolah-olah hukuman mati telah dihapuskan.

“Kerajaan tidak menghapuskan hukuman mati, tetapi bergantung kepada kuasa dan budi bicara hakim untuk menentukan sama ada pesalah tersebut dijatuhkan hukuman mati ataupun hukuman pilihan yang lain.

“Objektif ini perlu menjadi asas dan dasar kepada kerajaan dan pembuat polisi dalam hal berkaitan penghukuman suatu jenayah untuk mencari hukuman yang terbaik, setimpal dan berkesan,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here