PM kesal peniaga ambil kesempatan, jual mahal ayam subsidi

0
28
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melakukan tinjauan mengejut buat pertama kali berkaitan situasi harga barangan di sebuah pasar raya di ibu negara.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan perasaan kesal apabila harga ayam yang masih diberi subsidi oleh kerajaan meningkat naik di pasaran.

Beliau berkata, ini kerana sebelum masuk bulan hadapan, harga ayam sepatutnya masih lagi berada di bawah subsidi kerajaan.

“Mengapa ada yang ambil kesempatan? Ini tidak sepatutnya berlaku.

“Jika sesiapa ada terjumpa harga ayam naik melambung, nyatakan di ruang komen saya di mana lagi lokasi yang anda semua jumpa ayam di jual mahal melebihi harga siling,” katanya.

Terdahulu, beliau melakukan tinjauan mengejut buat pertama kali berkaitan situasi harga barangan di sebuah pasar raya di ibu negara.

Bercakap kepada pemberita, beliau melahirkan perasaan kesal apabila pemborong menjual ayam yang diberi susbidi pada harga RM8.90.

“Ayam misalnya, kita masih beri subsidi hari ini sampai 30 Jun. Saya tidak faham kenapa pemborong jual pada harga RM8.90. Sebelum 30 Jun, masih lagi harga yang disubsidi oleh kerajaan, tidak sepatutnya sampai RM8.90 daripada pemborong kepada peruncit.

“Sepatutnya (harga ayam daripada pemborong) perlu lebih rendah sebab peruncit juga perlu mengambil keuntungan,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, beliau akan melakukan lebih banyak tinjauan sama selepas ini bagi memastikan tiada pencatutan harga barang oleh peniaga sebelum tarikh penamatan subsidi ayam dan beberapa barangan lain pada 1 Julai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here