PM mahu kerosakan eskalator, autogate di CIQ BSI dibaiki segera

0
13
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan kerosakan autogate di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (CIQ BSI) di sini dibaiki segera.

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan supaya kemudahan yang rosak dan mengalami masalah di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (CIQ BSI) di sini diselesaikan segera.

Perdana Menteri berkata demikian selepas mengadakan lawatan secara mengejut ke pintu masuk utama negara itu bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini.

“Saya mendapati kemudahan-kemudahan termasuk pengangkutan awam dalam keadaan baik kecuali kerosakan eskalator dan ‘autogate’ untuk pemegang pasport Malaysia.

“Kekurangan ini perlu diselesaikan segera untuk kemudahan Keluarga Malaysia dan pengembara dari luar kerana ia merupakan salah satu pintu masuk utama negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Autogate di CIQ BSI yang tidak berfungsi

Menurut Perdana Menteri, kompleks tersebut sudah kembali pulih selepas sempadan negara dibuka semula sepenuhnya pada April lalu.

Sementara itu, Onn Hafiz dalam satu hantaran menerusi Facebooknya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang meluangkan masa turun sendiri untuk melihat keadaan di CIQ BSI.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanyakan sesuatu kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan di CIQ BSI.

“Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sudi turun padang melihat sendiri keadaan di CIQ BSI.

“Semoga dengan lawatan ini akan membawa limpahan rahmat kepada pengguna-pengguna,” katanya.

Pada 20 Mei lalu, Onn Hafiz membuat kejutan apabila bertindak menyamar sebagai orang awam untuk melihat dengan sendiri proses memasuki Singapura dari Johor Bahru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here