PM ucap tahniah pada Janushaa

0
24

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Janushaa a/p Bala Krishnan Muthiah kerana berjaya menjadi pegawai wanita pertama yang menamatkan Pengajian dan Latihan Ketenteraan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA).

“Saya amat bangga dengan kejayaan PKK Janushaa yang bukan sahaja membuktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia malah menyerlahkan kewibawaan golongan wanita muda Malaysia untuk bersaing dalam dunia ketenteraan.

“Semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat kepada warga TLDM untuk terus berusaha mencapai kejayaan di masa hadapan, kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Terletak di Annapolis, Maryland, akademi yang ditubuhkan sejak tahun 1845 itu merupakan pusat pengajian terunggul melahirkan pegawai tentera laut profesional.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here