PM umum bantuan tambahan kepada penerima BKM

0
31

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengumumkan bantuan tunai tambahan bagi golongan B40 sebanyak RM50 bagi individu bujang dan RM100 kepada isi rumah.

Beliau berkata, bantuan tambahan di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) itu diberikan kepada rakyat susulan mengambil kira cabaran sara hidup dan kenaikan harga barang dan akan diagihkan pada bayaran Fasa 2 BKM.

“Bayaran bantuan tunai tambahan yang dibayar bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta.

“Setiap penerima yang layak akan menerima
bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion,” katanya sebentar tadi.

Bayaran ini akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan, dan 3.4 juta individu bujang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here