PMB Investment lancar dana baharu, fokus pasaran China 

0
18
Majlis Ulang Tahun ke-55 Pelaburan Mara Berhad di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, hari ini. Kredit foto : Facebook Rosni Sohar.

KUALA LUMPUR – PMB Investment Berhad (PMB Investment), syarikat Kumpulan Pelaburan MARA melancarkan dana terbaru mereka, PMB Shariah Greater China Equity Fund (PMBSGCEF) dengan memfokuskan kepada pasaran China.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PMB investment, Mahani Ibrahim, PMBSGCEF bakal menjadikan negara kuasa besar ekonomi dunia itu sebagai bursa utama pelaburan syarikat itu susulan PMB Investment masih belum mempunyai dana yang mensasarkan wilayah itu.

“Wilayah China merupakan pasaran
yang sangat besar dan berpotensi untuk meningkat pesat ekoran pembukaan semula aktiviti ekonominya.

“Dengan pertumbuhan pasaran lain semakin dingin, ekonomi China masih di antara 10 ekonomi dunia yang pesat berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ulang Tahun ke-55 syarikat itu di sini, hari ini.

Dana tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Dalam majlis yang sama, Pelaburan MARA telah menandatangani perjanjian pegangan saham dengan Evergreen Corporate Sdn Bhd (ECSB).

ECSB merupakan syarikat kitar semula yang terlibat dalam memproses tayar terpakai menjadi diesel gred industri beroperasi di Teluk Gong, Selangor dengan kapasiti pengeluaran 60,000 liter diesel sehari.

ECSB juga dalam usaha untuk membina kilang tambahan di tanah miliknya di Simpang Pulai, Perak, yang mampu memproses 1 juta tan tayar sehari dan menghasilkan 480,000 liter diesel sehari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here