Polis tahan lelaki disyaki lakukan khianat di tanah perkuburan

0
14

BAGAN SERAI – Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun kerana disyaki menceroboh dan melakukan khianat di sebuah kawasan tanah perkuburan di Kampung Jawa, Semanggol di sini.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata lelaki itu ditahan hasil maklumat awam kira-kira pukul 9 pagi pada 9 Jun lepas.

“Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 21 saat itu yang dimuat naik dalam media sosial pada 8 Jun, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan menceroboh dan melakukan khianat di sekitar kawasan perkuburan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mazuki berkata hasil siasatan dan semakan video itu mendapati, suspek tinggal berdekatan di kawasan itu.

“Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan. Motif kejadian masih disiasat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here