Polis tahan suspek penagih dadah tular dalam video Facebook

0
16
Gambar hiasan.

TELUK INTAN – Rakaman aksi menagih dadah yang ditular di media sosial membawa kepada penangkapan seorang lelaki di Chenderong Balai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, suspek berusia 46 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Dato’ Haji Yusof Maidin, kira-kira 5 petang semalam.

Ahmad Adnan berkata, terut ditemui bersama suspek dadah disyaki jenis heroin seberat 27.75 gram yang dianggarkan bernilai RM832.

“Penahanan dilakukan susulan video tular aktiviti menghisap dadah oleh seorang lelaki di laman Facebook ‘I Love Teluk Intan’.

“Suspek kemudian mengaku mendapatkan bekalan dadah daripada seorang lelaki dikenali sebagai ‘Apoi’ di kawasan Pekan Langkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis heroin dan memiliki 16 rekod jenayah berkaitan dadah, mencuri serta merompak.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ahmad Adnan berkata, polis kini sedang giat mengesan pengedar berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here