Polis buru 20 individu terlibat pergaduhan

0
39
PDRM

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan 20 lelaki yang disyaki terbabit dalam pergaduhan dan perbuatan merosakkan beberapa kenderaan di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, seorang lelaki yang juga pengadu meletakkan keretanya di tepi jalan berkenaan kira-kira 2.30 pagi untuk makan bersama rakannya, sebelum dua kumpulan lelaki itu merusuh.

“Kesemua lelaki itu bergaduh di antara satu sama lain menggunakan senjata besi dan botol arak. Pengadu mendapati lelaki tersebut merosakkan beberapa kereta yang berada di situ, termasuk kereta pengadu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati cermin belakang dan penumpang belakang sebelah kanan kereta pengadu pecah.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi hotline Polis Brickfields 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here