Potongan harga sehingga 70 peratus di Malakat Mall

0
19

TIADA arah nak dituju pada hujung minggu ini? Apa kata ke Malakat Mall, Cyberjaya untuk mendapat lebih nilai wang melalui potongan harga sehingga 70 peratus.

Selepas jualan penghabisan stok besar-besaran pada April lalu, Malakat Mall kembali sekali lagi dengan tawaran hebat untuk barang-barang terpilih.

Di outlet pakaian kasual TGM, pelbagai jenis t-shirt, kemeja, seluar dan jaket ditawarkan pada harga terendah iaitu 70 peratus.

Di bahagian t-shirt, pelanggan boleh mendapatkan 4 helai t-shirt berkualiti tinggi dari jenama popular di China ini pada harga RM100.

Tawaran 4 helai pada harga RM100 di TGM.

Di outlet 2358 Fashion pula, pelbagai barangan seperti produk kosmetik, kecantik, hiasan rumah, sanitari, barangan kanak-kanak dan peralatan rumah ditawarkan pada harga borong serendah RM5 setiap item.

“Malakat Lifestyle ada buat promosi di outlet 2358 pada minggu ini, mulai hari ini jam 2.30pm sehingga stok masih ada.

“Barangan kecil hanya berharga RM5.00 dan barangan besar hanya berharga RM10.00. Pelbagai barangan dari toiletries, barangan makeup, topi dan macam macam lagi.
Cepat grab selagi stok masih ada!,” kata Malakat Mall dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Pelbagai barangan di 2358 Fashion.
Malakat Toys.

Sementara itu di tingkat 2, Malakat Toys menawarkan potongan 50 peratus bagi pelbagai jenis permainan berkualiti tinggi.

Bagi ibu bapa yang menantikan hari lahir si cilik, ini adalah peluang terbaik untuk berbelanja dengan lebih nilai wang anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here