Program Latihan Industri @Malakat Mall beri pendedahan nilai pekerjaan 

0
22
Peserta Brainy Bunch Entrepreneur Internship Program @Malakat Mall mendengar taklimat sebelum ditugaskan ke kedai masing-masing. Kredit foto : Amir Jamaluddin

CYBERJAYA – “Di usia yang muda mereka perlu tahu nilai pekerjaan lebih-lebih lagi pada waktu cuti sekolah seperti ini,” itulah ungkapan daripada Joan Enriquez, ibu kepada peserta Brainy Bunch Entrepreneur Internship [email protected] Mall hari ini.

Dia yang menghantar dua orang anaknya ke progam itu berpendapat bahawa program itu memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai cara berkerja dan mengetahui cara sesebuah kedai dikendalikan.

Joan Enriquez, ibu kepada peserta Brainy Bunch Entrepreneur Internship [email protected] Mall

“Pada mulanya mereka berasa gugup semalam tetapi hari ini mereka berasa seronok dan teruja untuk hadir.

“Saya juga berharap program ini diteruskan supaya boleh berikan peluang kepada orang lain yang berminat.

“Lebih menarik, tempat ini (Malakat Mall) juga selesa ibu bapa boleh bersantai di gerai makan sambil menunggu anak-anak mereka,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Amir Khalis, 16 salah seorang peserta program itu berkata, dia gembira kerana dapat mempelajari pelbagai pengetahuan baharu dalam program itu.

Tuan Amir Khalis, 16

“Untuk program hari ini, saya datang memang sebab minat dan banyak dapat belajar benda baru di sini,” ujarnya. 

Sementara itu, menurut Pengurus Prestasi Kumpulan Malakat Eco, Saidah Rosli, progam yang dijalankan pada hari ini telah mengumpulkan seramai 12 orang peserta yang berumur antara 13 hingga 17 tahun.

Pengurus Prestasi Kumpulan Malakat Eco, Saidah Rosli

“Hari ini merupakan hari kedua untuk program ini dan hari ini mereka akan ditugaskan di bahagian khidmat dan life style.

“Mereka juga akan bertugas dari jam 2 petang hingga 7 malam ,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here