Program Mobiliti TH beri manfaat kepada 300,000 ahli kariah 

0
14
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad (tengah) melakukan gimik penyerahan kepada wakil Surau Al Mutmainnah semasa Majlis Serahan Mobiliti Tabung Haji di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 40 buah van serbaguna bernilai RM5.4 juta diserahkan kepada masjid, surau, pusat tahfiz serta rumah kebajikan terpilih menerusi Program Mobiliti Tabung Haji (TH) di Majlis Serahan Perdana Program Mobiliti di Dataran Kompleks Islam, di sini, hari ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, ia bertujuan untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam pengurusan jenazah terutama kepada pihak masjid yang memerlukan di luar bandar.

“Melalui Program Mobiliti ini, TH menyumbang kenderaan dwi-fungsi yang boleh digunakan untuk pengurusan jenazah dan juga dijadikan sebagai van penumbang untuk kegunaan ahli kariah ketika melakukan aktiviti bermanfaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meninjau van jenazah semasa Majlis Serahan Mobiliti Tabung Haji di Putrajaya hari ini.

“Program Mobiliti ini juga adalah salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan dalam Aspirasi Keluarga Malaysia untuk pencapaian enam bulan pertama tahun ini,” katanya di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, ketua-ketua agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri, pengurusan kanan TH, Ahli Jawatankuasa Zakat Wakalah TH dan wakil pertubuhan kebajikan dan persatuan seluruh negara.

Mengulas lanjut mengenai jumlah kenderaan yang telah disumbangkan sejak penubuhan program, beliau berkata,
TH, telah menyumbang lebih 96 buah kenderaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad (tiga dari kiri) bergambar bersama wakil penerima semasa Majlis Serahan Mobiliti Tabung Haji di Putrajaya hari ini.

“96 buah kenderaan kepada masjid, surau, Pusat Tahfiz serta rumah kebajikan terpilih di seluruh negara untuk manfaat lebih 300,000 ahli kariah.

“Bermula tahun 2021, program ini telah diperluaskan meliputi badan-badan kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah orang tua dan pusat penjagaan OKU,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here