PRU-15: Tajuddin sedia jadi calon Pas

0
37
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bersedia untuk bertanding atas tiket Pas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya disingkirkan daripada UMNO.

Bagaimanapun Tajuddin yang juga bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu tidak akan menyertai Pas.

“Boleh dipertimbangkan, not a bad idea tapi tak adalah saya nak masuk Pas.

“Tapi kalau dia orang (UMNO) berkasar saya boleh berkasar tanding bebas, masa ‘tsunami’ (politik) pun sokongan (saya) naik, tak pernah kalah,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mendesak supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai Presiden UMNO.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu merupakan liabiliti kepada UMNO selepas berhadapan dengan pelbagai kes di mahkamah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here