Radzi Jidin hadiri persidangan UNESCO, bincang transformasi pendidikan 

0
9
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin (kanan)

PARIS – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dijemput menghadiri Persidangan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) di sini, hari ini.

Beliau dalam satu kenyataan di Facebook berkata, forum yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini bakal membicarakan mengenai transformasi pendidikan.

“Persidangan pre-summit pada kali ini membicarakan tentang transformasi pendidikan serta langkah yang dapat diambil bagi memastikan kemajuan dan kemampanan sistem pendidikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga akan mengadakan beberapa sesi perbincangan dan lawatan kerja sepanjang berada di sana.

“Beberapa sesi perbincangan dan lawatan kerja turut diadakan sepanjang berada di sini, khususnya berkaitan dengan transformasi pendidikan,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here