Radzi wakil Malaysia di persidangan UNESCO

0
3
Dr Radzi Jidin

CYBERJAYA – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin kini berada di Paris, Perancis bagi mewakili Malaysia di persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang berlangsung hari ini sehingga Khamis.

Dr. Radzi berkata, sesi pra-persidangan kemuncak itu membicarakan tentang transformasi pendidikan serta langkah yang dapat diambil bagi memastikan kemajuan dan kemampanan sistem pendidikan.

“Beberapa sesi perbincangan dan lawatan kerja akan turut diadakan sepanjang berada di sini, khususnya berkaitan dengan transformasi pendidikan,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

UNESCO berusaha untuk membina keamanan melalui kerjasama antarabangsa dalam pendidikan, sains dan budaya.

Program UNESCO menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan yang ditakrifkan dalam Agenda 2030, yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 2015. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here