Raudhah College meterai MoU dengan Majlis Dakwah Negara 

0
31
Majlis perjanjian persefahaman (MoU) antara Raudhah College dengan Majlis Dakwah Negara (MDN) yang berlansung di perkarangan Malakat Mall, Cyberjaya hari ini. Kredit Foto: Amir Afiq Jamaluddin.

CYBERJAYA – Raudhah College memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Majlis Dakwah Negara (MDN) sebagai tanda perkongsian kepakaran dalam memberikan nilai tambah terhadap kursus yang ditawarkan di institut pengajian tinggi itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Hilmi Ismail, MoU yang ditandatangani pada hari ini adalah untuk mencari titik persamaan antara dua entiti yang mempunyai perjuangan yang serupa.

“Antara perkara yang perlu diberi penekanan adalah pembangunan akidah dan iman itu sendiri yang kami terapkan dalam organisasi, pelajar, pekerja dan pensyarah kita di sini. 

“Selain itu, dari sudut pendidikan pula, kita bukan mahu beri pendidikan yang biasa tetapi pendidikan yang luar biasa dari tempat lain dalam melahirkan pelajar yang berjaya bersama rakan-rakanya yang lain.

“Salah satu moto di Raudhah Collage adalah “success in both worlds” iaitu bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat,” katanya dalam majlis menandatangani perjanjian persefahaman MDN dan Raudhah Collage di sini, hari ini.

Hilmi berkata, antara kursus keusahawanan yang ditawarkan di Raudhah Collage adalah Diploma in Islamic Entrepreneurship khusus untuk ilmu keusahawanan Islam.

Beliau berkata, kursus diploma itu diwujudkan bukan sahaja untuk ilmu perniagaan malah untuk  ilmu perniagaan yang berlandaskan Islam.

“Ada usahawan yang sudah berjaya tapi tidak keluarkan zakat kerana tidak merasakan sebahagian daripada kekayaan yang dia ada itu perlu diberi balik kepada masyarakat yang membantu perniagaan dia.

“Saya amat berbesar hati dengan kerjasama ini sebagai langkah penting untuk melahirkan usahawan Islam yang hebat dan pada masa yang sama boleh memberi impak kepada orang sekelilingnya,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here