Raudhah College perintis Program Diploma Keusahawanan Islam

0
50
Pelajar Raudhah College bersedia untuk sesi pengajaran di dalam kuliah sebelum mempraktiskan kemahiran yang dipelajari di lapangan sebenar

RAUDHAH COLLEGE merupakan sebahagian daripada komponen penting ekosistem Kumpulan Malakat Eco yang telah ditubuhkan sejak 16 tahun dahulu

Bermula sebagai Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak (KPAKK) di Damansara Perdana, pusat pengajian swasta ini merupakan sebuah institusi yang bertanggung jawab melahirkan seramai 2,125 graduan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang telah berjaya membina kerjaya sebagai pendidik di pelbagai agensi kerajaan, swasta dan sebilangannya telah bergelar usahawan berjaya.

Raudhah College terletak dalam persekitaran yang moden dan kondusif.

Dijenamakan semula sebagai Raudhah College, pusat pengajian ini tampil moden dengan nafas baharu selari dengan perkembangan teknologi supaya terus mapan sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang berwibawa dalam memberikan pendidikan yang berkualiti dalam setiap bidang pengajian yang ditawarkannya.

Raudhah College yang berlokasi strategik di Central Business District (CBD) Perdana 3 Cyberjaya menawarkan tiga program peringkat diploma iaitu Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pendidikan Sekolah Peringkat Rendah (Elementari) dan Keusahawanan Islam.

Keunikan Raudhah College adalah menjadi institusi swasta pertama di negara ini yang menawarkan program Diploma Keusahawanan Islam (Diploma in Islamic Entrepreneurship) untuk generasi Z dan pelajar lepas sekolah dalam negara mulai ambilan Mac tahun 2022.

Raudhah College berperanan sebagai platform yang menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti tinggi dengan memenuhi standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kualiti program adalah setanding dengan kurikulum keusahawanan yang terbaik bagi melahirkan usahawan Islam yang beradab mulia, mahir dalam merancang dan melaksanakan perniagaan yang mematuhi syariah Islam.

Raudhah College menggalas tanggungjawab mendidik generasi muda yang beradab mulia, beretika dan mempunyai sahsiah peribadi tinggi malah usaha ini adalah selaras dengan usaha kerajaan membuka semula semua sektor ekonomi selepas Malaysia berpindah ke fasa endemik.

Malah usaha ini sangat menyokong seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya lebih ramai anak muda terlibat dalam perniagaan digital dan ekonomi sekaligus dapat merancakkan lagi sektor ekonomi kepada peniaga kecil dan sederhana (IKS) di pinggir dan luar bandar khususnya.

Raudhah College tengan tagline ‘Menghasilkan Graduan Berpaksikan ADAB’, sangat komited dalam menawarkan kualiti akademik yang komprehensif dan cemerlang melalui program Diploma Keusahawanan Islam dengan hasrat untuk memupuk graduan menjadi usahawan muslim profesional yang berwibawa, mempunyai nilai teras utama yang dipermudahkan dengan singkatan ADAB dan mempunyai kemahiran pengalaman praktikal yang melangkaui pencapaian teori akademik semata-mata.

Kelebihan Program
Penawaran program ini adalah berkonsepkan ‘Islamic Entrepreneurship Protege’ iaitu melahirkan pelapis usahawan muda yang mempunyai asas ilmu perniagaan yang mantap ketika mahu menubuhkan perniagaan mereka sendiri malah dapat membina pemahaman yang jelas mengenai prinsip muamalat berlandaskan al-Quran dan al-Hadith serta memiliki kemahiran keusahawanan mengikut sudut pandang Islam yang sebenar.

Sepanjang pengajian selama 2 tahun, setiap pelajar secara aktif dapat mempelajari teori muamalat dan asas pengurusan perniagaan di dalam dewan kuliah kemudian mengumpul kemahiran praktikal di lapangan dunia perniagaan sebenar untuk membina sahsiah jati diri sebagai usahawan muslim yang bermatlamatkan kejayaan di dunia dan di akhirat kelak. Selepas menggarap kemahiran praktikal di lapangan, pelajar dididik untuk menganjurkan seminar keusahawanan Islam dan membentangkan kertas cadangan perniagaan mereka di hadapan barisan panel pelabur daripada pelbagai industri.

Sehubungan itu, Raudhah College berhasrat membina rangkaian korporat yang lebih luas dan sangat mengalu-alukan penyertaan pelbagai agensi, syarikat perniagaan swasta dan badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dengan dunia keusahawanan Islam untuk sama-sama berkolaborasi bagi memastikan objektif utama program ini dapat dicapai dengan jayanya malah dapat membantu melahirkan lebih ramai usahawan muslim muda yang mempunyai daya saing yang tinggi dan mahir dalam selok belok perniagaan dalam pelbagai bidang.

Perintis kepada kolaborasi ini, Raudhah College telah memulakan langkah kerjasama dengan Dewan Ekonomi, Majlis Dakwah Negara (MDN) dan majlis menandatangani usaha kerjasama ini akan dilaksanakan pada 30 Jun 2022 di Malakat Mall, Cyberjaya.

Adalah menjadi harapan utama Raudhah College untuk membina lebih banyak jaringan kerjasama yang strategik dengan pemain industri dalam mempelbagai bidang perniagaan untuk sama-sama menjayakan program ini dengan sebaiknya. Program ini ditawarkan melalui 3 sesi pengambilan pelajar dalam setahun dan sesi pengambilan Julai 2022 kini dibuka untuk pendaftaran pelajar baru Sebarang maklumat lanjut mengenai Raudhah College boleh diperolehi dengan menghubungi fasilitator pengajian di talian 019-7106511.

Artikel sumbangan:
Wan Rashidah Hanim Wan Mohamad
Raudhah College Cyberjaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here