RCAF dakwa China ganggu pesawatnya laksana penguatkuasaan sekatan ke atas Korea Utara

0
14
Pesawat CP-140 Aurora milik Tentera Udara Diraja Kanada (RCAF).

SEOUL – Pihak Tentera Udara Diraja Kanada (RCAF) mendakwa, pesawat China sering mengganggu pesawat mereka yang sedang melakukan penugasan rondaan penguatkuasaan sekatan ke atas Korea Utara.

Menurut Reuters, RCAF dalam satu kenyataan berkata, di antara 26 April hingga 26 Mei, pesawat pejuang Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat (PLAAF) sudah beberapa kali mendekati pesawat CP-140 Aurora miliknya.

“Dalam beberapa insiden berkenaan, pesawat PLAAF tidak mematuhi peraturan keselamatan udara antarabangsa.

“Tindakan mereka itu adalah tidak profesional dan membahayakan keselamatan anggota kami,” kata RCAF dalam kenyataan tersebut.

Anggota RCAF turut didakwa terpaksa menukar laluan penerbangan mereka bagi mengelakkan sebarang pelanggaran di udara.

Beijing, bagaimanapun, tidak memberi maklumbalas terhadap kenyataan RCAF itu.

RCAF turut mendakwa, gangguan tersebut semakin kerap dilaksanakan ketika pihaknya melakukan penugasan pemantauan yang diluluskan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here