R&R [email protected] Mall bakal bermula esok 

0
13
Program Riuh & Rancak (R&R) [email protected] Mall bakal diadakan di Malakat Square di sini mulai esok

CYBERJAYA – Program Riuh & Rancak (R&R) [email protected] Mall bakal diadakan di Malakat Square di sini mulai esok hingga Ahad ini pada pukul 4 petang sehingga 12 malam.

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, bayaran tapak yang dikenakan kepada peniaga amat berpatutan.

“Datang berniaga secara percuma dengan hanya bayar ikut jualan sahaja dan jual apa sahaja yang baik.

“R&R Cyberjaya bakal menghimpunkan pelbagai jenis barang termasuk makanan, minuman, pakaian, aksesori, kraftangan, permainan dan lain-lain,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Presiden Kumpulan Malakat Eco berkata, pada esok malam pihaknya akan melancarkan R&R [email protected] Mall dan orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan majlis itu.

“Malakat adalah tempat himpunnya pedagang di zaman Kesultanan Melayu Melaka dan juga dibina untuk membantu meningkatkan ekonomi sesama kita,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here