Safee Sali menang Mazda Cx-5 dalam pukulan selubang

0
64
Safee ceria bersama kereta Mazda CX-5 yang dimenanginya selepas melakukan `hole-in-one’ atau selubang pada saingan Trofi Mazda 2022 di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, semalam. Foto Berita Harian.

SHAH ALAM – Ibarat kata pepatah ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Itulah yang berlaku kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali apabila menjadi pemenang pukulan selubang atau ‘hole in one’ yang menawarkan hadiah sebuah kereta Mazda CX-5.

Beliau memenangi hadiah itu dalam saingan Trofi Mazda 2022 di Glenmarie Golf & Country Club anjuran Bermaz Motor Trading Sdn Bhd dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance Berhad yang disertai 132 pemain di sini, semalam.

Selain hadiah pukul ajaib itu, pemegang rekod penjaring terbanyak Malaysia dalam Kejohanan AFF itu juga berjaya
menghasilkan ace di Hole-15 (Valley Course) dari jarak 155 meter dengan kayu golf 6-besi Miura dan bola golf keluaran TaylorMade TP5x.

Kejayaan itu juga membolehkan Safee membawa pulang hadiah berupa set besi tempa Mizuno JPX921, ihsan MST Golf Sdn Bhd dengan kredit berminai RM2000 bagi F&B oleh Glenmarie Golf & Country Club, di samping hadiah lain atas pencapaiannya memenangi Kategori BMedal dalam kejohanan itu.

Antara hadiah lain yang menjadi rebutan semasa kejohanan golf termasuklah jam tangan premium daripada Epos dan Vostok, barangan eksklusif Mazda, baucar rebat bernilai RM5000 daripada Mazda dan Kia serta cabutan bertuah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here