Selepas 2 tahun tiada, Hari Sukan Brainy Bunch angkat nama pahlawan kemerdekaan berlangsung meriah 

0
123
Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim bergambar bersama salah seorang peserta Hari Sukan Brainy Bunch di sini, hari ini.

JOHOR BAHRU – Hari Sukan Brainy Bunch cawangan Johor yang buat julung kalinya mengangkat konsep pahlawan dan perlumbaan merentasi halangan berlangsung meriah di sini hari ini.

Menurut Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim, konsep hari sukan itu kali ini adalah berlainan dengan membawa konsep ‘Pahlawan Race’.

“Walaupun Brainy Bunch adalah sekolah antarabangsa Islam montessori yang menggunakan Bahasa Inggeris tapi dalam acara sebelum ini kita guna konsep Ultra Malaya dan Semangat Kenegaraan.

Pelajar-pelajar Brainy Bunch cawangan Johor sedang merentasi halangan sempena  Hari Sukan Brainy Bunch di sini, hari ini.

“Untuk hari sukan kali ini kita guna konsep Semangat Pahlawan yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, selepas dua tahun hari sukan diadakan, beliau berpuas hati apabila rata-rata ibu bapa memberikan maklum balas yang baik.

“Ibu-bapa semua gembira dan kita buat larian berhalangan yang cukup luar biasa, agak mencabar sebab ada budak yang mungkin tidak biasa sebab dah lama tak keluar rumah,” ujarnya lagi.

Pelajar-pelajar Brainy Bunch cawangan Johor sedang merentasi halangan sempena  Hari Sukan Brainy Bunch di sini, hari ini.

Selain itu rata-rata ibu bapa menzahirkan rasa gembira antaranya, Mohamad Haziq, 32, yang menghantar dua orang anaknya menyertai hari sukan tersebut

Bapa peserta Hari Sukan Brainy Bunch,Mohamad Haziq, 32

“Hari ini saya hantar dua orang anak saya untuk program hari ini dan setakat ini acara ini sangat bagus sebab kanak-kanak dapat beriadah dan jumpa kawan-kawan dan bergaul,” katanya.

Sementara itu, Nur Diyanah Zakaria, 30, juga berasa teruja kerana ini merupakan kali pertama hari sukan diadakan selepas pandemik Covid-19.

Ibu peserta Hari Sukan Brainy Bunch, Nur Diyanah Zakaria, 30

“Sudah dua tahun tiada event jadi event sejak PKP ini sangat dinanti-nantikan dan setakat ini sangat bagus dari segi aturan program hari ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here