Selepas 25 tahun elaun warden asrama dinaikkan 25 peratus

0
37
Datuk Dr Radzi Jidin

CYBERJAYA – Selepas 25 tahun, Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan kenaikan kadar baharu untuk warden asrama sebanyak 25 peratus selain menambah bilangan warden asrama berkuat kuasa pada 1 Ogos ini.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, penambahbaikan itu akan melibatkan sebanyak 1,874 sekolah berasrama di bawah KPM.

Beliau berkata, ia juga akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM19 juta.

“KPM akan menambah sebanyak 3,813 warden, ini merupakan peningkatan sebanyak 63 peratus iaitu daripada 6,055 warden kepada 9,868 warden.

“Dengan peningkatan jumlah warden asrama, penggiliran akan dapat diadakan di semua sekolah asrama di bawah KPM.

“Selain itu, kadar elaun warden asrama akan dinaikkan sebanyak 25 peratus, ini menjadikan kadar baharu ketua warden ialah RM350 sebulan manakala kadar baharu untuk warden ialah RM300 sebulan. Kali terakhir kadar ini disemak ialah pada 1997,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan yang memberikan kelulusan tersebut.

Beliau berkata, KPM akan terus berusaha untuk menambahbaik portfolio warden asrama di bawah KPM demi kebaikan sistem pendidikan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here